Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Hari-hari terahir di tahun 2010....

selamat tinggal 2010..banyak kenangan yang telah ku lalui sepanjang setahun ini..semoga semua kenangan di tahun 2010 membawa sejuta kenangan kepada diriku untuk melalui detik 2011 yang bakal menjelma hanya beberapa jam saja lagi........

SELAMAT TINGGAL 2010

SELAMAT DATANG 2011

Sunday, December 5, 2010

Sifat wanita mengikut unsur tanah, air, api dan angin

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Friday, November 19, 2010

Doa untuk kekasih ku.....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
 

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
 

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
 

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…


Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Thursday, November 18, 2010

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)




Kos # 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.



Kos # 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.

Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.



Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.





Kos # 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.

Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.



Kos # 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

RM 200 - RM 600.



Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

RM 1,000 - RM 2,500.



Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 200 - RM 500.



Kos # 8 - Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 - RM 1000.



Kos # 9 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?

RM 1000 - RM 3000



Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

Kos sekitar RM 150.



Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

RM 500 - RM 3,000





Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah



RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.



Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

RM 2,500 - RM 10,000



Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.

RM 10,000 - RM 20,000



Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.

Yang kena beli semua, ingat murah ka?

RM 1,500 - RM 5,000.



Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

RM 1000 - RM 3000.



Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.

Ia berbeza mengikut lokasi.

Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.



Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga



RM 15,500



Dan, kos untuk kecemasan



RM 3,000



Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar



RM 36,050



Haaa!!

Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

Amacam ?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak



RM 18,000



Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.







Wednesday, November 17, 2010

p.a.s.s.w.o.r.d

arghhhh...bengang betul bila lupa kata laluan..!!!!


tu je yang nak luah buat masa nih...

heeee...tq..;p

Monday, October 18, 2010

18.10.1987 - 18.10.2010



peristiwa hari ini adalah peristiwa terpenting dalam hidup aku....iaitu hari kebahagiaan & hari dewasa ku..huhu...eh...cepat betol masa berlalu...makin hari umur makin meningkat....haish....dah besar aku rupenya....hik3....

di usia sebeginilah kerjaya + kebahagiaan hidup (ape lg,kawen laaa) + impian hidup perlu dilaksanakan seiringan....ehhh..betul ke ape yang aku bebel nih ea..huhu....bila dah besar ni, dah ade kerja, mesti soalan cepumas ni semua org nak tanye, semua org nak tau ape jawapannya....."bila nak kawen..???" ni antara soalan nya laa....(bg yang belum kawen)....tapi yang dah kawen pun soalan len akan menyusul...."anak dah bpe org..??"..... haish...tu la manusia...kadang2 bz body..haha....tapi, tu la hakikat kehidupan....best taw hidup ni, cume org yg x rasa nikmat hidup tu sebab ade yang x hargai hidup kat dunia nih.....jadi...hargailah kehidupan kita yang sekali ini dengan penuh kesyukuran..AMIN YARABBAL ALAMIN.....

di hari lahirku ini, aku berdoa kepada ILLAHI, supaya di permudahkan segala urusan ku di dunia ini, di kurniakan kesihatan yang baik, di berikan rezeki yang halal, serta berbahagia bersama keluarga yang tercinta juga di temukan pasangan hidup yang menyayangiku serta dapat menjagaku dengan sepenuh hatinya....AMIN>>>>>>>


Sunday, October 10, 2010

10.10.2010

tarikh keramat, tarikh lawa, tahun genap, ramai betul yang menanti tarikh nih....ramai jugak la yang pilih tarikh ni untuk majlis tunang, majlis kawin, yang x boleh tahan tuh, arini kat surat khabar METRO AHAD, ada yang sanggup bersalin tarikh nih..gara2 due terlebih hari pun, ade jugak yang sanggup nak bersalin tarikh ni....aduhaiiii......macam2 peristiwa...tapi, ape pun peristiwa pada tarikh ni, semoga kita sebagai manusia beringatlah dan sentiasa berwaspada dengan apa yang kita nak lakukan.....semoga tarikh ni juga membawa sejuta peringatan bahawa tarikh ni kita dah x kan jumpa lagi seumur hidup kita nih.....


Monday, October 4, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله

   


Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way...



Sunday, September 19, 2010

Salam Aidil Fitri 1431 H ( 10 September 2010 )


 SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN



rasa sekejap je masa berlalu....puasa...kemudian raya...time puasa aritu rasa macam lama lagi nak tunggu raya, tapi bila raya dah datang, rasa sekejap bulan ramadhan dah berlalu pergi berganti syawal....itulah hakikat kehidupan, semakin hari, usia kita semakin meningkat, segalanya berubah walaupun perubahan itu sebenarnya tidak kita sedari......hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...agaknya tahun depan dapatkah aku menikmati susana raya.........????? 


p/s: hargailah setiap saat yang sedang kita lalui sekarang ini, kerana setiap apa yang berlaku setiap saat itu pasti kita akan merinduinya......dan sebenarnya itulah kenangan catitan memori kehidupan kita...... ;)







Saturday, August 28, 2010

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Saturday, August 21, 2010

Fili- Bila Cinta



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Sunday, August 15, 2010

akhirnya....

blog ku kini dah dapat beroperasi dengan jayanya..hihi.....habis semua aku dah godek,dapatla tambah ape yang patut...ngeeee...suke3...

LAGU TEMA

Related Posts with Thumbnails